Assalamualaikum & Salam Ramadhan bagi semua Umat Islam di Malaysia khususnya di Sabah. Ramadhan kali ini disambut dalam norma yang berbeza berbanding Ramadhan yang lalu kerana Pandemik yang melanda dunia, Covid-19.
Walau bagaimanapun, bulan Ramadhan yang mulia ini perlu diteruskan dengan pelbagai ibadah khususnya pembayaran Zakat. Pembayaran zakat pada tahun ini telah beralih kepada secara atas talian (ONLINE) melalui https://appszakat.sabah.gov.my/
Tak tahu nak bayar macamana? Senang saja! Bagi umat Islam di Sabah, anda boleh membayar zakat secara atas talian melalui link cara-cara dibawah ini:
- Log Masuk Ke Laman Web : https://appszakat.sabah.gov.my/
- Klik "BAYAR ZAKAT".
- Pertama, anda perlu mendaftar sebagai pengguna.
- Setelah mendaftar sebagai pengguna, boleh teruskan transaksi pembayaran zakat anda.
Share jika bermanfaat!
No comments:
Post a Comment