Cara Semak Bil Elektrik SESB Secara Online - The.Opportunist

Breaking

Monday 20 April 2020

Cara Semak Bil Elektrik SESB Secara Online

Selamat tengahari semua.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang cara untuk menyemak jumlah bil elektrik SESB secara online. Senang saja bosku!

Mula-mula hanya perlu klik link ini:  https://ocs.sesb.com.my/.

Lepas itu, satu webpage seperti dibawah akan muncul. 


Untuk individu yang tiada akaun OCS, anda mesti daftar dahulu. Hanya perlu tekan butang "Sign Up" lepas itu isi butiran-butiran yang diperlukan. Pastikan untuk menggunakan emel yang boleh diakses kerana sistem SESB akan menghantar satu email untuk proses pengaktifan  akaun OCS anda. 

Untuk nombor IC, kamu perlu isi No IC pemilik rumah (penama/ nama pemohon meter).  Senang saja bosku! Password yang perlu diisi akan digunakan untuk login ke dalam sistem OCS nanti (Jangan salah)


Mesti pening kan mencari "ACCOUNT NO" Kan? Haha jangan risau bosku! Senang sahaja. Pastikan Pastikan anda memiliki bil elektrik yang lalu sebagai rujukan . Anda boleh rujuk gambar dibawah untuk cara mendapatkan "ACCOUNT NO".


Sudah siap daftar semua. Sebelum anda tekan "Sign Up", sila tick dulu tu "I Agree". Sila rujuk gambar dibawah ini.


Selepas tekan "SIGN UP", anda boleh menyemak email anda. Sistem SESB akan menghantar email untuk proses pengaktifan akaun OCS anda . Anda hanya perlu tekan link seperti gambar dibawah.

Finally, anda akan diriderectkan ke website OCS untuk login kali pertama. sila masukkan emel dan password yang didaftarkan semasa awal tadi. Anda boleh menyemak jumlah bil anda secara online dengan menekan "ACCOUNT".



Nah siap sudah bosku! Jangan lupa share ya! Mudahkan!







1 comment: