Protokol Baharu Untuk Rawat Pesakit Covid-19 Akan Diperkenalkan Oleh KKM - The.Opportunist

Breaking

Tuesday 26 May 2020

Protokol Baharu Untuk Rawat Pesakit Covid-19 Akan Diperkenalkan Oleh KKM



Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan protokol-protokol baharu dalam merawat pesakit COVID-19.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata berdasarkan kepada protokol baharu iaitu akan dirawat dalam masa 14 hari sahaja [Kadar kebolehjangkitan wabak itu akan lemah selepas dua minggu dirawat]

Sebelum ini, KKM menetapkan pesakit hanya boleh dibenarkan pulang selepas ujian yang dijalankan terhadap mereka pada hari ke-13 dan dalam tempoh 24 jam selepas itu menunjukkan keputusan negatif.


"Tapi semalam maklumat yang kita terima dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kajian dari negara lain menunjukkan bahawa kebolehjangkitan sudah kurang selepas tempoh 14 hari," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) masih mengesan peluruhan virus (virus shedding)seperti ia adalah positif lemah yang tidak menjangkiti atau kebolehjangkitan kurang atau hampir sifar. Kata Dr NoorHisham  

Pihak KKM akan melihat semula laporan untuk prosedur operasi standard (SOP) baharu untuk merawat pesakit COVID-19 termasuk kemungkinan tidak lagi perlu lagi menggunakan ujian PCR ke atas pesakit. 



No comments:

Post a Comment