Moratarium RM 6 Bilion Bank Rakyat Serta Pemberian Bantuan Kepada Yang Memerlukan - The.Opportunist

Breaking

Tuesday 26 May 2020

Moratarium RM 6 Bilion Bank Rakyat Serta Pemberian Bantuan Kepada Yang Memerlukan




Jumlah moratorium yang diberikan oleh Bank Rakyat kepada pelanggan-pelanggannya mencecah sehingga RM6 billion, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Rosman Mohamed.

Moratorium atau tanggungan pembayaran yang ,melibatkan amaun sebanyak RM 1 bilion setiap bulan selama 6 bulan tempoh kutipan.


“COVID-19 ini bukan satu perkara yang kita minta dan bukan sahaja pihak kerajaan yang kena membantu tetapi semua lapisan masyarakat. Kita perlu memberi sokongan yang padu agar ekonomi kita dapat dipulihkan,” katanya dalam satu temubual di “Ruang Bicara” bersama Bernama TV.

“Bank Rakyat sedang mengenalpasti kaedah untuk mengutip hutang ini. Ini adalah tanggungjawab bersama, teruama selepas tempoh moratorium berakhir. Jika anda mahu melihat Bank Rakyat terus berjaya dan membuat bayaran dividen, Bank Rakyat kena maju.”

Pada masa kini, Bank Rakyat mempunyai dalam anggaran sebanyak 1.3 juta pelanggan dan aset yang bernilai RM109 bilion.

Di samping moratorium yang diumumkan sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi khusus bagi menghadapi pandemik COVID-19, Bank Rakyat juga memperuntukkan sejumlah RM300 juta di bawah kempen BRCares.

Bantuan itu akan disalurkan kepada kepada golongan-golongan seperti berikut beserta penangguhan pembayaran selama 9 bulan:

  1. koperasi serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (RM200 juta)
  2. usahawan wanita (RM 50 juta)
  3. perniagaan mikro (RM 50 juta)
  4. segmen perniagaan teras runcit yang terjejas akibat pandemik

***Tertakluk kepada sebarang perubahan



1 comment: