Tawaran Perubahan Penerbangan Tanpa Had AirAsia Semasa PKP - The.Opportunist

Breaking

Tuesday 26 May 2020

Tawaran Perubahan Penerbangan Tanpa Had AirAsia Semasa PKP


Pelanggan AirAsia dengan tempahan penerbangan diantara tempoh 23 Mac sehingga 31 Julai, 2020, kini boleh memilih antara dua pilihan iaitu: 

  1. Memilih untuk mempunyai akaun kredit dengan tempoh sah selama 2 tahun
  2. Perubahan tanpa had penerbangan bagi penerbangan yang berlepas sehingga 31 Oktober, 2020.

AirAsia Bhd berkata kesahihan akaun kredit sebelum ini yang dikeluarkan bagi gangguan penerbangan berkaitan COVID-19 juga akan dilanjutkan secara automatik sehingga dua tahun bagi perjalanan pada masa depan. 


Tempoh sah bagi semua akaun kredit yang tidak digunakan yang telah dikeluarkan untuk pelanggan yang terjejas akibat sekatan perjalanan COVID-19 juga akan dilanjutkan secara automatik kepada 2 tahun lagi.


“Ini hanya terpakai bagi tempahan dalam talian secara terus yang dibuat menerusi airasia.com. Bagi tempahan kumpulan atau yang dibuat menerusi ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen tempahan masing-masing bagi maklumat selanjutnya,” kata syarikat penerbangan tambang murah itu


Pelanggan boleh merujuk kepada Panduan COVID-19 AirAsia bagi cara serta arahan untuk menggunakan AI chatbot AVA untuk membuat sebarang pilihan di: 

  1. support.airasia.com atau 
  2. airasia.com 

**Tertakluk kepada sebarang perubahan

No comments:

Post a Comment