PEMBAYARAN PTPTN BERMULA SELEPAS 30 JUN INI - The.Opportunist

Breaking

Tuesday 26 May 2020

PEMBAYARAN PTPTN BERMULA SELEPAS 30 JUN INI



PERSETUJUAN KERAJAAN untuk memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), berkuat kuasa serta merta sehingga 30 Jun ini. 

PTPTN dalam kenyataan pada hari Khamis, memaklumkan bahawa penangguhan pembayaran dilaksanakan kerana pandemik Covid-19  memberi manfaat kepada 1.5 juta peminjam dengan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan tersebut adalah sebanyak RM375 juta.

Untuk sebarang maklumat lanjut, peminjam PTPTN boleh:

  1. menghubungi talian Careline 03-2193 3000 yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat pada 9 pagi hingga 5 petang.
  2. Maklumat juga boleh diperoleh melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my.

***TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN 


No comments:

Post a Comment