PELAKSANAAN BANTUAN ONE-OFF BAGI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)
Setiap pelajar yang layak akan menerima bantuan one-off
berjumlah RM200.
Syarat-syarat yang memenuhi semua kriteria berikut layak
menerima Bantuan
One-Off :
I. Warganegara Malaysia; dan
II. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac
2020 di
institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:
- Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kementerian yang berkaitan di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk Kolej Komuniti, Politeknik, Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS);
- Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama (STAM), Diploma Kolej Vokasional, Diploma dan setara institusi TVET, Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
- Pelajar IPT diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas di institusi di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar/ MARA
Sila Rujuk Disini : https://www.treasury.gov.my/pdf/Soalan-Lazim-PRIHATIN-Bantuan-Pelajar.pdf
No comments:
Post a Comment