Senarai Kadar Diskaun Bil Eleltrik SESB (Pakej Rangsangan Ekonomi) - The.Opportunist

Breaking

Monday 4 May 2020

Senarai Kadar Diskaun Bil Eleltrik SESB (Pakej Rangsangan Ekonomi)





Untuk menangani serta mengurankan beban rakyat, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif seperti diskaun bil elektrik semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

  • Diskaun sebanyak 28 peratus diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah (Berkuatkuasa 1 April 2020 sehingga 30 Jun 2020)
  • Diskaun sebanyak 2 peratus  diberikan oleh Kerajaan Persekutuan  (Berkuatkuasa 1 April 2020 sehingga 30 September 2020)

Berikut adalah senarai kadar diskaun bil elektrik bagi warga Sabah:

  1. Diskaun 30 peratus akan melibatkan seramai 500,000 pengguna domestik dengan bil bulanan RM500 ke bawah di negeri Sabah dan Labuan.Bagi Pengguna dengan bil bulanan melebihi jumlah RM500 akan menikmati diskaun sebanyak 2 peratus bermula 1 April sehingga 30 September 2020.
  2. Pengguna industri & komersil akan menikmati diskaun 15 peratus dan ini melibatkan pengguna komersil dalam sektor- sektor pelancongan seperti hotel, agensi pelancongan, kompleks membeli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan melibatkan sejumlah 900 pengguna komersil.
  3. Pengguna komersil dan industri daripada sektor yang lain akan menikmati diskaun sebanyak 2 peratus selama enam bulan dan memberi manfaat kepada lebih 99,000 pengguna.
  4. Bagi 16,000 pengguna di bawah program Rebat Elektrik RM40, mereka akan terus menikmati manfaat daripada rebat tersebut.


***Tertakluk kepada sebarang perubahan

No comments:

Post a Comment