- Insiatif Geran Khas Prihatin GKP 2.0 yang baru diumumkan bersama Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 adalah disasarkan kepada semua PKS mikro yang telah berdaftar.
- Peruntukan RM600 juta dianggarkan akan memberikan manfaat kepada 200,000 PKS Mikro.
- Permohonan GKP 2.0 dibuka semula untuk permohonan bagi mereka yang tidak sempat memohon atau baru mendaftar perniagaan pada tahun ini.
Ikuti langkah-langkah dibawah untuk memohon:
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP dibawah ini:
https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.
Syarat bagi memohon Geran Khas Prihatin 2.0 adalah:
- Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana
- (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
RM300,000; dan - Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Hendaklah berdaftar dengan agensi-agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Pemohon hendaklah masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
No comments:
Post a Comment